Sabtu, 7 Disember 2013

KONSERT: 22/12/2013 - LEFHANDED @ HARD ROCK CAFE MELAKA


LEFTHANDED akan berada di Hard Rock Cafe Melaka! Pemain gitar disegani, Man Kidal selaku pengasas kumpulan Lefthanded ini mengaku teruja menantikan tarikh 22 Disember depan. Ini kerana Lefthanded yang ditubuhkan pada 1979 akan mengadakan konsert di Hard Rock Cafe Melaka. Selain Lefthanded, konsert itu turut mengundang dua penyanyi iaitu Mus dari kumpulan May dan Silah (Kilauan Emas) untuk membuat persembahan.

Tarikh       : 22 Disember 2013
Lokasi       : No.28 Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka
Masa         : 8.45malam 
Tiket        : RM70 
Tiket Online : www.ilassotickets.com
Tiket Hotline: 03-79576088

Mengulas mengenai persembahan, vokalis Lefthanded, Nash berkata, sebanyak 16 lagu daripada koleksi terbaik Lefthanded didendangkan selama dua jam dan konsert itu paling istimewa kerana bakal dirakamkan. "Konsert itu akan dirakam dan diterbitkan dalam bentuk DVD dan pastinya membabitkan penonton. Selain itu, kami akan mengadakan lelongan amal membabitkan gitar untuk disumbangkan kepada mangsa banjir serta penjualan kemeja-T edisi terhad Lefthanded", ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan