Rabu, 4 Disember 2013

PROMOSI: DELOVA - MODERN ROCK / HEAVY ROCK PULAU PINANG


DELOVA merupakan sebuah band yang barasal dari Pulau Pinang. Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berkonsepkan Rock Modern / Heavy Rock walaubagaimana pun DELOVA mampu juga beraksi dengan Open Genre bagi memenuhi pelbagai undangan majlis. Inspirasi band DELOVA seperti LEFHANDED, MAY, SEARCH, WINGS, BLACK VEIL BRIDES, SLIPKNOT, CHILDREN OF BODOM, METALLICA, CRADLE OF FILTH, AVENGED SEVENFOLD, DREAM THEATRE dan IRON MAIDEN.

PEMUZIK:
Abdullah Razak (Larz Salas) - vokal / bassist
Sharizan Fadzil (Janzo Delova) - vokal / 1st lead
Fadzil Jamaluddin (Ah-Chain) - vokal / 2nd lead
Adik Amira Syahira (Mira) - vokal /drummer


DELOVA kini bernaung di bawah sebuah Syarikat Produksi De Amira Motion Pictures Sdn Bhd (DMP Studio) dan DELOVA pernah menyertai program realiti TV Sentuhan Ikon 2013 yang disiarkan di RTM TV1 pada 16 Februari 2013 dan telah berjaya ke peringkat finalist di bawah bimbingan Ikon Lefthanded. DELOVA pernah dijemput mengadakan persembahan di RTM Kedah, MutiaraFM RTM Pulau Pinang, Persembahan di Pertandingan Bintang Kecil, Karnival Belia 2012, UiTM Perlis, Konsert 1Malaysia, Politeknik Seberang Prai, Pesta Pulau Pinang dan membintangi beberapa iklan kormersial produk kecantikan dan NGO. 


DELOVA mempunyai seorang drummer cilik (Adik Amira Syahira) yang baru berusia 10 tahun. Kelincahannya bermain drum berjaya menambat hati penonton dan sekaligus membuatkan DELOVA sebagai sebuah band yang unik. Berita tentang adik Amira Syahira pernah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia & Harian Metro.

Pada 13 Ogos 2013 DELOVA telah melancarkan sebuah Video Klip pertama yang berjudul SENGKETA PARADIGMA dan telah mendapat sambutan hangat di Youtube: http://youtu.be/1d3jtIZcNLo


DELOVA juga akan menerbitkan sebuah Combo Album "Bukan Sekadar Album" pada pertengahan tahun 2014. Persembahan terbaru DELOVA pada 7hb Disember 2013 di Pesta Pulau Pinang.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan