Rabu, 4 Disember 2013

TRIBUTE TO THE GREAT BANDS OF ALL TIMES


MALAYSIAN ROCK CAFE merancang untuk mengadakan siri showcase istimewa menampilkan band-band tempatan memainkan lagu-lagu cover. Bagi tujuan menjayakan perancangan ini, MALAYSIAN ROCK CAFE telah mula mencari dan memanggil bakat-bakat band tempatan di mana showcase ini dijadualkan bermula pada tahun 2014 nanti.

Menurut pihak MALAYSIAN ROCK CAFE, siri showcase tribute ini bakal diadakan sekurang-kurangnya sekali pada setiap bulan. Ianya terpulang kepada kreativiti band masing-masing untuk cover sesebuah lagu. Bagi memastikan setiap pertunjukan lebih kemas dan teratur, terlebih dahulu akan diadakan sessi pemilihan untuk memilih band-band yang benar-benar bersedia dalam menjayakan event ini.

Kepada band-band yang berminat untuk turut serta dalam showcase ini, anda dijemput untuk menghantar profil band dan video band (memainkan sebarang lagu rock) ke emel malaysianrockcafe@gmail.com atau inbox FB Malaysian Rock Cafe. Band-band yang berjaya menarik perhatian MALAYSIAN ROCK CAFE akan dipanggil untuk proses audition.

MALAYSIAN ROCK CAFE turut memaklumkan event ini akan bermula dengan tribute kepada irama rock klasik 70'an dan 80'an terlebih dahulu, contohnya tribute kepada DIO, Deep Purple, Black Sabbath, Iron Maiden dan seumpamanya. Berikut contoh tribute yang dimaksudkan:

BY'U'FM sebagai sebuah stesyen radio online yang terus-menerus memperjuangkan muzik rock sepanjang masa memberi sokongan padu kepada penganjuran showcase TRIBUTE TO THE GREAT BANDS OF ALL TIMES oleh MALAYSIAN ROCK CAFE ini. Malah di BY'U'FM telah disediakan segmen khas ROCK COVER pada setiap hari Rabu (malam Khamis) - RUJUK INFO DISINI. Kepada band-band tempatan, ayuh bertindak segera sertai showcase tribute ini. 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan