Sabtu, 9 November 2013

KONSERT: 16/11/2013 - ROSLI MOHALIM AND FRIENDS


SATURDAY NIGHTLIVE di MALAYSIAN ROCK CAFE bersama Rosli Mohalim and Friends!

Tarikh: 16 November 2013
Masa  : 9:30 malam
Tempat: Malaysian Rock Cafe, 1-1 PV128 Setapak, 53300 Kuala Lumpur

KONTRIBUSI: Hasbe Zuzaini 

Khamis, 7 November 2013

PROMOSI: AJAL - MALAY EASTERN BLACK METAL

AJAL secara muzikalnya beraliran Malay Eastern Black Metal. Mereka berpengkalan di sekitar Lembah Kelang, terdiri daripada Rohja'at (vokal), Shie'thunt (gitar), Warxsick (gitar), Nuraq'khah (bass) dan Luhant'nath (dram). AJAL pada tahun 2010 telah merilis sebuah demo berjudul "Ajal Tiba Bila Seruan Menjelma" melalui MTD Production disusuli pengeluaran EP "Jahannarakah" sekitar 2012 di bawah kerjasama Eastern Voice Productioan dan MTD Production.

EP "Jahannarakah" mengandungi 7 buah lagu (termasuk sebuah trek intro) dicetak sebanyak 666 keping dan dijual pada harga RM20 (termasuk kos penghantaran). Ianya masih boleh diperolehi melalui dua label berikut:


Pihak BY'U' FM telah menerima sumbangan dua buah lagu dari AJAL, iaitu 'Jahannarakah' dan 'Amukan Keris Pusaka'. Dengarkanlah rejaman Black Metal AJAL dengan lirikal misteri alam melayu hanya di BY'U' FM.

BY'U' SOUNDCHECK - YOUR BEST ENTERTAINMENT


Andaikata luorang memerlukan khidmat P.A. System dan Karaoke untuk segala jenis majlis (majlis perkahwinan, jamuan makan malam, hari keluarga dan sebagainya), luorang boleh hubungi BY'U' SOUNDCHECK di talian 0192585327 (Angah). Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan boleh dirunding. Urusniaga dibuat atas dasar persahabatan! Kalau luorang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai BY'U' SOUNDCHECK, luorang boleh layari: http://byusoundcheck22.blogspot.com/

KONSERT: 10/11/2013 - MUAR METAL FEST

TARIKH: 10 NOVEMBER 2013 | TEMPAT: DEWAN PERSATUAN INDIA MUAR (BERHAMPIRAN WETEX PARADE) | MASA: 2 PTG | TIKET: RM15 | PENAMPILAN: ATROCIOUS / TASYIM / NARSAMUM / SANTAU / BLACKSEED / TRIUMPH OV FIRE / PENANGGALS / PUAKERYSM / TUSSOCK / ENTHRONE FALLS / VINIIR / WYNKEN DELIRIUM / DIEMORECRUSHT / SINDRAZ | ANJURAN: GERAKAN ALAM HITAM MUAR & KOMUNITI PEMUZIK MUAR


INFORMASI:

PEMBERITAHUAN: OFFICIAL FACEBOOK PAGE BY'U' FM


BY'U' FM sekali lagi mencatatkan sejarahnya yang tersendiri bilamana facebook page rasmi untuk stesen radio online ini diwujudkan dan mula beroperasi sebagai wadah komunikasi semenjak 17 September 2013. Anda di luar sana yang berminat untuk mengenali lebih dekat mengenai BY'U' FM, berhubung untuk sebarang pertanyaan dan permintaan, anda dipersilakan untuk melayari:


Untuk makluman, selama ini urusan interaksi antara pihak pengendali dan pendengar BY'U' FM hanya berlangsung di facebook groups (yang mana statusnya agak tertutup - Closed Group). Anda boleh memohon untuk menyertai grup tersebut sekiranya anda mahu di laluan seperti berikut:


Terima kasih di atas sokongan anda terhadap BY'U' FM. Apa Saja... Kita Rock Di BY'U' FM... Gegaran Muzik Rock Hanya Di BY'U' FM...!!!