Khamis, 7 November 2013

PROMOSI: AJAL - MALAY EASTERN BLACK METAL

AJAL secara muzikalnya beraliran Malay Eastern Black Metal. Mereka berpengkalan di sekitar Lembah Kelang, terdiri daripada Rohja'at (vokal), Shie'thunt (gitar), Warxsick (gitar), Nuraq'khah (bass) dan Luhant'nath (dram). AJAL pada tahun 2010 telah merilis sebuah demo berjudul "Ajal Tiba Bila Seruan Menjelma" melalui MTD Production disusuli pengeluaran EP "Jahannarakah" sekitar 2012 di bawah kerjasama Eastern Voice Productioan dan MTD Production.

EP "Jahannarakah" mengandungi 7 buah lagu (termasuk sebuah trek intro) dicetak sebanyak 666 keping dan dijual pada harga RM20 (termasuk kos penghantaran). Ianya masih boleh diperolehi melalui dua label berikut:


Pihak BY'U' FM telah menerima sumbangan dua buah lagu dari AJAL, iaitu 'Jahannarakah' dan 'Amukan Keris Pusaka'. Dengarkanlah rejaman Black Metal AJAL dengan lirikal misteri alam melayu hanya di BY'U' FM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan