Khamis, 24 Julai 2014

ARTIKEL: ROSDAN BAHAROM - BLOODSHED


Selain Samarkand, tentu ada yang masih mengingati riff gitar yang ganas pada korus lagu Hidup Pemuzik dan melodi melankolik Srikandi Cintaku. Atau mungkin juga masih ada yang ingat insiden lirik lagu Nostalgia Rindu yang terpaksa diubah sedikit hanya kerana satu perkataan? Apa yang nyata, dengan karektor dan suara yang power dari Rosdan antara penyumbang kepada kekuatan dan kelebihan kumpulan BLOODSHED.

Rosdan juga pernah memperjuangkan muzik metal yang berinspirasikan muzik Megadeth, Metallica, Slayer dan Forbidden. Bersama R.Izat, Shidee, Karim dan Fariz @ Pap, dia menubuhkan PUNISHER! Walaupun tidak pernah menghasilkan sebarang demo atau EP, PUNISHER dianggap salah satu band thrash metal yang hebat pernah wujud dalam senario muzik tempatan.

Karier Rosdan bermula di kelab Red Rooster, Kuala Lumpur atas galakan seorang rakan untuk mencuba nasib dalam satu sesi ujibakat. Sebenarnya masa itu BLOODSHED dan BURNMARK sedang mencari vokalis namun akhirnya jodoh Rosdan bersama kumpulan BLOODSHED.


Penulis: Bang Aliph

Sabtu, 7 Disember 2013

KONSERT: 22/12/2013 - LEFHANDED @ HARD ROCK CAFE MELAKA


LEFTHANDED akan berada di Hard Rock Cafe Melaka! Pemain gitar disegani, Man Kidal selaku pengasas kumpulan Lefthanded ini mengaku teruja menantikan tarikh 22 Disember depan. Ini kerana Lefthanded yang ditubuhkan pada 1979 akan mengadakan konsert di Hard Rock Cafe Melaka. Selain Lefthanded, konsert itu turut mengundang dua penyanyi iaitu Mus dari kumpulan May dan Silah (Kilauan Emas) untuk membuat persembahan.

Tarikh       : 22 Disember 2013
Lokasi       : No.28 Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka
Masa         : 8.45malam 
Tiket        : RM70 
Tiket Online : www.ilassotickets.com
Tiket Hotline: 03-79576088

Mengulas mengenai persembahan, vokalis Lefthanded, Nash berkata, sebanyak 16 lagu daripada koleksi terbaik Lefthanded didendangkan selama dua jam dan konsert itu paling istimewa kerana bakal dirakamkan. "Konsert itu akan dirakam dan diterbitkan dalam bentuk DVD dan pastinya membabitkan penonton. Selain itu, kami akan mengadakan lelongan amal membabitkan gitar untuk disumbangkan kepada mangsa banjir serta penjualan kemeja-T edisi terhad Lefthanded", ujarnya.

AL FARABI BAND: WORLD NEW ETHNIC CONCERT & TOUR


CONCERT:
08/03/2014 - Kepala Batas, Pulau Pinang
29/03/2014 - Pasir Gudang, Johor
05/04/2014 - Stadium Indera Kayangan, Perlis
19/04/2014 - Kuala Terengganu
03/05/2014 - Life Center, Kuala Lumpur
17/05/2014 - Lahad Datu, Sabah
31/05/2014 - Sibu, Sarawak

TOUR:
14/12/2013 - Hentian Rehat, Bagan Ajam, Pulau Pinang
15/12/2013 - Mydin Mall Bukit Jambul, Pulau Pinang
21/12/2013 - Azimat Cafe Laguna Merbok Sg. Petani, Kedah
22/12/2013 - Kampung Sungai Kecil, Nibong Tebal, Pulau Pinang
30/12/2013 - Karnival Tahun Baru, Ampang, Kuala Lumpur
31/12/2013 - Malam Tahun Baru, Hentian Rehat, Bagan Ajam, Pulau Pinang
03/01/2014 - Kem Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah
04/01/2014 - Dewan Besar Kodiang, Kedah
05/01/2014 - Pauh Garden Permatang Pauh, Pulau Pinang
11/01/2014 - Dataran Gemas, Negeri Sembilan
12/01/2014 - Dataran Nilai, Negeri Sembilan
18/01/2014 - Dataran Rempah, Ayer Keroh, Melaka
19/01/2014 - Dataran Alor Gajah, Melaka
25/01/2014 - Pasir Gudang, Johor
26/01/2014 - Skudai, Johor
01/02/2014 - Singapura
02/02/2014 - Singapura
07/02/2014 - Uptown Sri Kembangan, Selangor
08/02/2014 - Uptown Cheras, Kuala Lumpur
09/02/2014 - Bandar Baru Salak Tinggi
14/02/2014 - KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
15/02/2014 – Bachok, Kelantan
16/02/2014 - Dataran Kuala Lipis, Pahang
22/02/2014 - Mydin Mall Meru Raya, Ipoh, Perak
23/02/2014 - Mydin Mall RTC Gopeng, Perak
01/03/2014 - Kompleks PKNS Bangi, Selangor
02/03/2014 - Dataran Tanjung Harapan, Port Klang, Selangor

AGENDA:
# Persembahan Album Terbaru Oleh Al Farabi Band
# Jualan Album & Merchandising
# Persembahan Band-Band Tempatan
# Jualan Tiket Konset dan lain-lain

PERTANYAAN:
Ashraf: 010-8785833
Faizal: 012-4878554
Faid: 011-23778390

INFORMASI:

12/12/2013 - AL FARABI BAND: WORLD NEW ETHNIC ALBUM LAUNCHING THE CONCERT

AL FARABI BAND, sebuah band Progressive Metal/Rock bertemakan motivasi, ketuhanan dan kemanusiaan akan mengadakan sebuah konsert khas pelancaran album terbaharu mereka "World New Ethnic". Konsert PERCUMA (tiada bayaran kemasukan dikenakan) tersebut bakal diadakan pada 12 Disember 2013 (Khamis) bermula jam 8:00 malam di International Youth Centre, Bandar Tun Razak, Cheras. Sebelum itu, pada sebelah petang jam 3:00 terlebih dahulu akan diadakan Press Conference Pelancaran Album. 


INFORMASI:
www.facebook.com/events/1436212683257052
www.facebook.com/AlFarabibandOfficial
www.alfarabiband.com

Jumaat, 6 Disember 2013

KONSERT: 07/12/2013 - DELOVA @ PESTA PULAU PINANG 2013


Band Modern/Heavy Rock DELOVA (ft. DJYY MutiaraFM) dijadualkan beraksi di pentas Pesta Pulau Pinang pada 7hb Disember 2013 (Sabtu) jam 8:30 malam. Band yang baru sahaja tampil dengan klip video "Sengketa Paradigma" ini bukan sahaja memiliki kehebatan persembahan dan kekuatan muzikal, tetapi lebih menarik turut dianggotai seorang pemain dram cilik yang berbakat besar. Jom meriahkan! Rock Selamanya!!!

INFORMASI: