Selain Samarkand, tentu ada yang masih mengingati riff gitar yang ganas pada korus lagu Hidup Pemuzik dan melodi melankolik Srikandi Cintaku. Atau mungkin juga masih ada yang ingat insiden lirik lagu Nostalgia Rindu yang terpaksa diubah sedikit hanya kerana satu perkataan? Apa yang nyata, dengan karektor dan suara yang power dari Rosdan antara penyumbang kepada kekuatan dan kelebihan kumpulan BLOODSHED.
Rosdan juga pernah memperjuangkan muzik metal yang berinspirasikan muzik Megadeth, Metallica, Slayer dan Forbidden. Bersama R.Izat, Shidee, Karim dan Fariz @ Pap, dia menubuhkan PUNISHER! Walaupun tidak pernah menghasilkan sebarang demo atau EP, PUNISHER dianggap salah satu band thrash metal yang hebat pernah wujud dalam senario muzik tempatan.
Karier Rosdan bermula di kelab Red Rooster, Kuala Lumpur atas galakan seorang rakan untuk mencuba nasib dalam satu sesi ujibakat. Sebenarnya masa itu BLOODSHED dan BURNMARK sedang mencari vokalis namun akhirnya jodoh Rosdan bersama kumpulan BLOODSHED.
Penulis: Bang Aliph
Sumber : Rock Metal Malaysia & Antarabangsa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan