Isnin, 2 Disember 2013

PROMOSI: REPTILIA - SABAHAN HEAVY METAL KANGKERS


REPTILIA adalah sebuah band dari Sabah yang memperjuangkan muzik Heavy Metal / Rock. Mereka telah muncul sekitar tahun 2007 dengan beberapa band rock / metal tempatan dan antarabangsa sebagai inspirasi muzik mereka, seperti Crossfire, Handy Black, Wings, Search, Saxo, Desire, Bloodshed, Rusty Blade, Rockers,Lefhanded, XPDC, SYJ@Sofea, Loudness, Riot, W.A.S.P, Motley Crue, Judas Priest, Iron maiden, Metallica, Megadeth, Black Sabbath, Dio dan sebagainya.

PEMUZIK:
Mohd Rizal (Bun) - Vokal
Mohd Nurdin (Eko) - Gitar
Andy (Adul) - Bass
Rahafiez (Apit) - Dram


Semenjak ditubuhkan, REPTILIA hanya berkesempatan merilis sebuah lagu promo berjudul "Lagenda Sumaya Putih" pada tahun 2008. Akhir 2012 mereka merancang untuk mengeluarkan sebuah EP mengandungi 2 buah lagu rakaman studio dan 4 buah lagi dari rakaman live. Namun perancangan tersebut tergendala bilamana Eko berhijrah ke Petaling Jaya meninggalkan anggota-anggota lain di sekitar Tawau dan Sandakan. 


Pada 3 Mac 2013 yang lalu, REPTILIA telah berpeluang beraksi dalam konsert REUNION ROCK KAPAK berlangsung di Kota Kinabalu bersama-sama band seperti Shewolves, Makhluk, Mereejen, Purnama, Red Axe, Running Free, Sambarangan dan Barakah. 

Pesanan REPTILIA: Rock Sampai Maut! Dengarkan lagu "Lagenda Sumaya Putih" hanya di BY'U'FM.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan