Rabu, 2 Oktober 2013

PEMBERITAHUAN: SEGMEN ROCK KAPAK


AIRPLAY: SETIAP KHAMIS (MALAM JUMAAT) / JAM 9:00 MLM 
METHOD : BERSAMA LOGAM PANAS
REQUEST: DUA BUAH LAGU

FORMAT LAGU YANG BOLEH DI-REQUEST:

■ LAGU-LAGU IRAMA ROCK YANG TERGOLONG DALAM KATEGORI "ROCK KAPAK"

■ LAGU SEKITAR 1995 "KE BAWAH" (AKHIR 70'AN / 80'AN / AWAL 90'AN)

Di Malaysia, era Rock Kapak atau ada kalanya digelar Rock Kangkang bermula dari tahun 1985/1986 (Battle Of The Bands / Juara-Juara Rock / album pertama SEARCH "Cinta Buatan Malaysia") sehinggalah detik sebelum industri Muzik Rock tanahair dicemari virus Pop-Rock Eddie Hamid.

Sebelum ERA EMAS Rock Kapak iaitu sekitar akhir 70an dan awal 80an, irama Rock dikuasai beberapa band Nusantara, terutamanya Sweet Charity (Singapura) dan God Bless (Indonesia). Rock di Malaysia pada peringkat ini masih bersifat underground. 

Hakikatnya, Rock Kapak hanya sinonim dengan kegemilangan industri Rock 80'an di Malaysia. Di luar negara, trend mereka digelar Glam Rock dengan band-band seperti Guns N' Roses, Skid Row, Cinderella dan seumpamanya.

■ RENTAK: SOFT ROCK (BALLAD/SENTIMENTAL) – HARD ROCK – HEAVY METAL

APA ITU ROCK KAPAK? 
Ia bukanlah satu genre muzik di mana siapa yang menyanyikannya harus menggenggam erat sebilah kapak, samada kapak siam atau kapak Conan The Barbarian, malah bukanlah muzik yang dimainkan oleh ahli Kesatuan Penebang Pokok Berkapak (KAPAK). Rock Kapak umumnya adalah jolokan kepada muzik rock yang dimainkan oleh kumpulan rock Melayu sekitar 80-90'an, era Battle of The Bands, Box Office Ali Bakar, Muzik-Muzik (dihoskan oleh Azwan Ali dengan rambut remosnya dan Chairmaine Augustine), satu era yang diabadikan oleh Mamat Khalid dalam filem box-officenya, ROCK. Tika itu, cita-cita anak muda adalah untuk menjadi recording artist, maka ramai dari mereka bersungguh belajar main gitar, bela rambut, belajar pakai seluar jeans / pvc / kulit ketat, kasut hitop (especially jenama ALIPH). Sebarang pemakaian yang bercorakkan belang rimau amat popular di kalangan para rockers. Tika itu venue untuk mereka menunjukkan bakat mereka adalah di funfair, ekspo dan pertandingan seperti BOTB. Kumpulan-kumpulan ini termasuklah nama-nama yang glamer seperti Search, Lefthanded, MAY dan banyak lagi nama yg telah ditelan zaman seperti Sofea, Desire, SYJ, Rusty Blade, Junction, Bloodshed dan Handy Black. Mereka ini banyak dipengaruhi oleh bahang band barat seperti Motley Crue, Scorpions, Loudness (Jepun) serta trend Glam Rock kebanyakannya dan sesetengah daripadanya ada sedikit pengaruh elemen metal.

■ INGATAN: CROMOK / FTG / METALLICA / EDDIE HAMID / SAARI AMRI ADALAH BUKAN DARI KALANGAN ROCK KAPAK !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan