Selasa, 1 Oktober 2013

PEMBERITAHUAN: KERJASAMA BY'U' FM - SPIRIT OF METAL


BERTARIKH 23 September 2013 yang lalu, BY'U' FM dan SPIRIT OF METAL telah mencapai kata sepakat membentuk satu usahasama, membawa kepada persefahaman saling bekerjasama dalam memperluaskan ruang penyiaran Stesen Radio Online BY'U' FM dan penyebaran maklumat-maklumat dunia muzik rock/metal anjuran SPIRIT OF METAL. 

SPIRIT OF METAL - Grup ini terbuka untuk apa-apa topik KECUALI YANG BERBAUR LUCAH. Muzik METAL diutamakan dan juga hal ehwal semasa. Semoga jangan ada yang menjadikan grup ini untuk kepentingan sendiri dan tempat untuk bermuka-muka. Apa yang penting di sini semua kawan dan bukan lawan. Di sini juga boleh berkongsi apa jua segala info terkini atau perkembangan muzik metal ataupun rock. Perkongsian itu amat dialu-alukan. Spirit Of Metal juga bermakna semangat setiakawan yang kental dan tak mudah berpaling tadah. Itulah prinsip Spirit Of Metal. Harap semua enjoy dan happy bersama-sama kawan di sini: www.facebook.com/groups/240778092678358

Tiada ulasan:

Catat Ulasan