Selasa, 1 Oktober 2013

PROMOSI: CHOSEN - BETTER LATE THAN EVER CD 2013


Lebihkurang 13 tahun lamanya masa diambil untuk CHOSEN bangkit dengan material terbaharu selepas kali terakhir album "Pray And Obey" diriliskan sekitar 2000. Tarikh 29 Julai 2013 bagaikan satu hari keramat buat semua ahli kumpulan CHOSEN serta para peminat muzikal mereka bilamana album penuh kedua berjudul "Better Late Than Ever" diterbitkan dengan rasminya dan mula berada di pasaran. 


"Better Late Than Ever" yang dikeluarkan melalui syarikat sendiri Chosen Art menghidangkan sebanyak 6 buah lagu, sepertimana senarai berikut: 

1. Nisan - 8:05
2. Marabbuka - 6:22
3. Pemergian Abadi - 3:13
4. Repent - 7:12
5. Journey To Fit In - 32:04
6. In Between - 5:37

Muzik CHOSEN diklasifikasikan sebagai Progressive Heavy Metal dan anggotanya terdiri daripada Rahish (gitar utama/klasikal/akustik), EJamm (bass), Antong (dram & perkusi), Snaq/Amy (kibod/orkestra) serta penggunaan dua vokalis; Amgreg dan Eeman. 

Pelbagai pihak telah diberi peluang mendengar prebiu album ini bersetuju dengan satu pendapat bahawa "Better Late Than Ever" ini satu mahakarya seni teragung telah dihasilkan oleh CHOSEN dan ianya dijangka mengangkat martabat muzikal Metal Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.

Susunan muzik yang diketengahkan dalam album kedua CHOSEN ini dikatakan sesuatu yang amat unik yang pernah dihasilkan di Malaysia. Walaupun muzikal CHOSEN dalam kategori metal berat, lirikal mereka keseluruhannya berunsurkan positif, nasihat dan keagamaan.


CD yang dipasarkan adalah berformatkan digipak dan turut disertakan booklet 12 mukasurat dipenuhi lirik, foto dan pelbagai informasi lain. "Better Late Than Ever" adalah sebuah album yang perlu berada dalam koleksi anda. Dapatkan album ini DENGAN KADAR SEGERA!

HARGA:
RM40.00

KOS TAMBAHAN:
+RM5  : UNTUK KOS PENGHANTARAN SEMENANJUNG
+RM10 : UNTUK KOS PENGHANTARAN SABAH & SARAWAK

PEMBELIAN/PERTANYAAN, HUBUNGI:
TEL/SMS/WHATSAPP: 018-2906421 (Admin/Bobby)

NOTA: BY'U'FM selaku badan penyiar dan penyokong industri Muzik Rock telah menerima sumbangan dua buah lagu iaitu Repent dan In Between untuk dikeudarakan di BY'U'FM dari masa ke semasa! Gegaran Rock Sepanjang Masa Hanya Di: 

http://byufm.blogspot.com/ - radio station

Tiada ulasan:

Catat Ulasan