Jumaat, 18 Oktober 2013

PROMOSI: ROCASIA - ROCK NEGERI DI BAWAH BAYU


Mula ditubuhkan pada bulan November 2012. ROCASIA adalah singkatan kepada ROCK ACUAN MALAYSIA yang membawa maksud genre muzik ROCK kumpulan ini berakarumbi kepada perjuangan seni/karya tempatan dan Malaysia secara amnya.

MISI
Bertekad dan bercita-cita untuk melangkah lebih jauh dalam industri muzik tempatan dan seterusnya di peringkat tanahair.

ANGGOTA
Gabungan pemuzik yang terdiri daripada Amy Pengalat (Vokalis), Zaidy JD (Bassist), Mady LSC (Gitarist) Amy Domo (GitaristUtama) dan Putra Hafiez (Drummer). Pada asalnya, perjuangan ROCASIA lebih bersifat hobi memandang terikat dengan komitmen kerjaya masing-masing. Bagaimanapun, oleh kerana sokongan berterusan oleh semua pihak maka ROCASIA berusaha untuk memberikan komitmen yang terbaik demi mencapai misi yang ditetapkan.


LAGU
Tiga lagu ROCASIA berjudul TIADA KATA, MENCARI BAYANGMU dan NADIRAKU telah disiarkan di beberapa rangkaian siaran Radio Frekuensi & Media Online antaranya seperti SABAHFM, KKFM, KENINGAUFM, SANDAKANFM dan TAWAUFM, ONLINEFM, STAYFM, SIUKFM, UTARAFM, XAMPUNGFM, KABANFM, GOMOFM dan sebagainya. Beberapa lagu masih dalam proses antara BERLARI KE LANGIT, SELIMUT KEBANGKITAN dan PERTAMA. Kumpulan ROCASIA juga turut mengetengahkan bakat dalam ciptaan lagu dan lirik sendiri yang bertujuan untuk dikongsi bersama penyokong dan peminat lagu-lagu bergenre  ROCK juga hasil kerjasama dengan beberapa pihak antaranya Dalinsing Dapir, DMS Studio, Rodie Sofarz KKMP, Abd Hamid MJ dan ramai lagi.

PENCAPAIAN
Lagu TIADA KATA telah tersenarai dalam CARTA ORANG KITA (Carta Orang Kita KKFM) dan CARTA LAGU PALING MANANG (SABAHFM). Lagu TIADA KATA dan MENCARI BAYANGMU telah dirakamkan di KKMP dan juga mempunyai Video Klip dengan kerjasama Geng Kapak Production. Lagu ini juga akan dimasukkan dalam Album KOMPILASI SABAH INDIE BAND VOL2 – KKMP dan Album Kompilasi Artis di naungan KA1MS.



PERSEMBAHAN
ROCASIA merupakan ahli berdaftar dalam KELAB ARTIS 1 MALAYSIA dan telah mengadakan beberapa persembahan antaranya Akustik di Tanjung Aru anjuran OnlineFM, ketika Majlis Pelancaran KA1MS, Persembahan KA1MS bersama Pemimpin Sabahan (Papar) dan juga sekitar Kg. Pengalat Besar Papar dan juga Kota Kinabalu.

HARAPAN & PENGHARGAAN
Harapan agar mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan kerana tanpa sokongan padu dari pelbagai pihak bakat dan seni yang ada tidak akan kemana pada masa yang sama juga band ini masih baru dalam arena muzik di Sabah. Pihak ROCASIA berharap agar banyak pihak tampil ke hadapan membantu semua penggiat seni muzik demi survival dan perkembangan positif industri muzik di SABAH. Terima kasih kerana menyokong perjuangan karya seni ROCASIA.


1 ulasan: